Kontrak sosial

Kontrak sosial merupakan suatu teori atau model dalam falsafah politik yang menekan mengenai hubungan antara asal-usul sesebuah masyarakat itu dengan tampuk kekuasaan mereka yang memerintah dalam sesebuah negara terhadap individu dalam masyarakat.[1] Terdapat penghujahan bahawa individu dalam sesebuah kontrak sosial itu telah menyerahkan sebahagian kebebasan mereka secara sembunyi mahupun terbuka kepada kuasa pemerintah demi mendapatkan perlindungan hak-hak lain yang masih dipunyai mereka.Konsep ini mula muncul sejak Zaman Pencerahan, terutamanya melalui sebuah buku yang membicarakan konsep ini bertajuk Du contrat social ou Principes du droit politique ("Kontrak sosial - atau prinsip-prinsip hak politik") karya Jean-Jacques Rousseau pada tahun 1762.